AMAZON_ISLAM

October 14, 2010

SUFI-Bulan Asyura-Surga Bagi Kristiani Dermawan


Dikisahkan bahwa di sebuah kota yang bernama Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura' datanglah seorang pengemis meminta sedekah. Berkatalah si pengemis tadi,

pengemis:"Wahai tuan Qadhi, saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan keluarga.
Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan dari pada tuan,
maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti, lima potong daging dan uang dua dirham."
Qadhi menjawab, "Datanglah selepas waktu zohor!"

Selepas sembahyang zohor pengemis itu pun datang memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak menepati janjinya dan menyuruh pengemis datang lagi selepas sembahyang Asar. Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu, ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka pengemis itu pun pergi dengan kecewa.

Di waktu pengemis itu jalan mencari-cari, ia melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya. Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah,

si pengemispun berkata:"Tuan, demi keagungan dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."
Si Kristian bertanya: "Hari apakah hari ini?"
pengemis:"Hari ini hari Asyura", kata si miskin sambil menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura.

Rupanya orang Kristian itu sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk memberi sedekah.

Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!"
Berkata si peminta sedekah itu: "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul daging dan wang dua dirham sahaja."

Dengan segera ia memberi si peminta sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam tidurnya.

"Angkat kepalamu!" kata suara dalam mimpinya.

Sebaik sahaja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang berkilau-kilauan warnanya.

Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan yang sangat cantik ini?"
Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini adalah untuk kamu andaikan sahaja kamu mahu memenuhi hajat si peminta sedekah itu. Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."

Seketika Qadhi bangun dari tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya.

Qadhi bertanya kepada si Kristian: "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?"

Orang Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahawa ia telah bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.

Kata Qadhi, "Juallah amal itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."
Kata si Kristian, "Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."
Kata Qadhi, "Mengapa anda begitu bersikeras, sedangkan anda bukan seorang Islam?"

Ketika itu juga orang Kristian itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.



BERITA TERKAIT:
CERITA-Luqman Hakim, Sum'ah,Fitnah dan Gosib Adalah Dosa Yang tak Diampuni
CERITA-Surga Bagi Kristiani Dermawan 
CERITA-ILYAS AS NABI YANG TAK MATI DI SURGA
CERITA - raja dan bangunan abadi
CERITA - Iblis yang tak menduakan allah terlaknat hanya karena sombong
CERITA-sahabat nabi s.a.w_Kala Ali Telat Subuh Berjamaah 
CERITA - Penjihad yang di takdirkan masuk Neraka
SUFI-MUHAMMAD S.A.W_Penciptaan Nur_part 1
SUFI-MUHAMMAD S.A.W_Penciptaan Nur_part 2
SUFI-MUHAMMAD S.A.W_Penciptaan Nur_part 3
SUFI-MUHAMMAD S.A.W_Penciptaan Nur_part 4
SUFI-MUHAMMAD S.A.W_Penciptaan Nur_part 5
SUFI-CIRI-CIRI ORANG YANG DI LINDUNGI ALLAH LEWAT DOA MALAIKATNYA
SUFI - 3 DOSA BESAR
SUFI - ILMU HURUF, Rahasia dari huruf Ba bab1
SUFI - ILMU HURUF, Rahasia dari huruf Ba bab2
SUFI - ILMU HURUF, Rahasia dari huruf Ba bab3
SUFI - ILMU HURUF NOON, rahasia dari NOON
SUFI - Pengertian Wali al-Abdal
SUFI - PUASA  SYAWAL BAB1
SUFI-Bulan rajab-keutamaannya 
SUFI - Keadaan Ruh Mayat Ketika Baru Meninggal
 DOA-ALFATIHAH keutamaannya
 DOA-Kenapa doa tak di Ijabahi oleh Allah
 DOA-AYAT KURSI keutamaannya 
SHOLAT - Keistimewaan sujud ketika sholat 
SHOLAT - larangan mendahului imam meskipun tak sengaja
IMAN-3 Hal untuk mencicipi manisnya iman
IMAN-3.BERIMAN KEPADA MALAIKAT2 ALLAH 1

English Verse:
ILM LETTER, The secret of BA 1 
SUFI - LETTER_letter 4_the secret of noon
DOA - ALFATIHAH ENGLISH

No comments: